Bukan senang nak bersenang-senang... tambahan pula bersama-sama ahli keluarga yang ramai. Sekali dapat masa terluang mestilah digunakan sepenuhnya. Kalau nak join datang lah.....best air kat Pulau Chekas ni sejuk... dan suci....
Hari ini dalam sejarah aku dalam pandu puteri. Menerima anugerah Tangkai Padi daripada KDYTM Tengku Puan Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah Pekan.
Menghadiri kursus Pra waran untuk mencari ilmu dan pengalaman tentang pandu puteri setelah umur hampir setengah abad.
Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua. Ada AZAM baru ? Mesti ada punya, kan kan kan?!!!! Semoga semuanya telah mendapat apa yang dihajati pada tahun 2009. Walau apepun yang telah terjadi, yang pastinya umur kita meningkat...
Dah sebulan aku ulang alik ke sekolah walaupun cuti, kini masanya aku melapangkan otak....... Sebenarnya berat ati juga tak dapat jemput adinda-adinda Tuan Haji Mohd Nasir dan Puan Hajah Kamsiah pulang dari tanah suci Mekah tapi dah tak ada rezeki ... kena ikut suami tersayang menjalankan tugas di SK Ringlet CH. Lagipun lepas ni aku pulak kena bertugas...kalau tak ikut melepaslah aku dan anak-anak nak kembara ke Cameron Highland kali ini.... Perjalanan kali ni memang adventure...oleh kerana musim hujan kami berenam terpaksa naik kembara (anak sulung aku tak sanggup ikut)...